Friday, September 30, 2016

Hibah melalui pampasan takaful.

Salam Jumaat,

Saya sekarang sedang create awareness berkenaan dengan Hibah Takaful. Saya target 100 orang untuk menolong adanya Hibah Takaful. Sudah ada beberapa artikel berkenaan dengan hibah yang boleh kalian baca didalam belog nie. 

Kenapa beria-ria nak create awareness berkenaan dengan Hibah Takaful? Medikal kad tak penting ker? Bukan medikal kad tak penting. Pattern sudah berubah. Berubak macam mana tue? Dulu, ramai orang...sakit....then dapatkan rawatan, then meninggal dunia. Tapi sekarang...ramai yg sakit tak sempat buat rawatan dah meninggal dunia. So, keutamaan ambil life coverage skrg ni lebih dari ambil medical card...

Menurut Suratkhabar  The Star bertarikh 29.09.2016, menyatakan setiap 15 minit, ada rakyat Malaysia akan meninggal akibat penyakit Jantung. Tak sempat buat rawatan. Ramai yang tak sedar mereka menghidap Sakit Jantung. Sebab itu ia juga dikenali sebagai pembunuh senyap.  Jika berlaku meninggal secara mengejut, apa yang kita tinggalkan harta untuk keluarga?

Pampasan takaful?


+ Dewasa ini, ramai yang memiliki takaful hayat. Mati, waris menerima pampasan yang ditabaru'kan.
+ 2 isu sama ada pencarum menghibahkan atau membuat penamaan atau membuat keduanya sekali.
+ Ambil contoh hutang.
+ Jika pencarum menamakan isterinya, maka setelah mati, duit pampasan tersebut perlu dibelanjakan badal haji (jika belum haji), fidyah atau hutang atas orang lain kemudian barulah diagihkan.
+ Jika pencarum menghibahkan kepada isteri, maka segala hutang perlu dibayar menggunakan aset lain. Isteri boleh ambil terus pampasan yang diterima.
+ Jika isteri yang menerima hibah tersebut ingin membayar hutang, ia tidak menjadi kesalahan.
+ Jika kita ada aset-aset lain, uruskan dan siapkan agar waris tidak dibebani dengan harta-harta yang ditinggalkan.

kredit: FB Mohamed Akmal Mohamed

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Thursday, September 29, 2016

SIANG MALAM PAGI PETANG CAKAP PASAL MATI. EJEN TAKAFUL LAH NAMANYA

Ejen A : Assalamualaikum bang, abang dah buat HIBAH



TAKAFUL? Asset tunai yg abg boleh tinggalkan untuk keluarga bila abg dah takde nanti.

Prospek : Dik, korang ni memang sifir hidup korang kematian je ke? Cakap pasal mati siang malam pagi petang untuk melariskan produk? Tak selesa la. Mmg korang buat keuntungan dari kematian orang ke?

Ejen A : Maaf kalau abg kurang selesa. Saya bukan berniat nak buat abang marah.

Ejen A : Dalam surah Al Imran ayat 185 Allah sebut setiap yang bernyawa akan merasai kematian. Dalam hadis pun Nabi sebut orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan melakukan persiapan amal untuk itu. Abang dan saya pun CONFIRM akan mati.

Ejen A : Apa salahnya saling mengingatkan? Lagipun yang saya share ni HIBAH untuk keluarga abang, bukan keluarga saya. Dimana untungnya saya jika dibandingkan dengan manfaat yg keluarga abg akan peroleh?

Prospek : ok 😞. Produk apa yg ada?

Ejen A : ........



kredit: Zaman kini.

mbk
perunding takaful
0192853910

Friday, September 23, 2016

Hati-hati dengan Hutang!!!!!!


Hidup kita zaman sekarang tidak boleh lari dari hutang. Beli kereta rumah pun dengan hutang. Kang bayar cash datang pulak si abang hasil. Apatah lagi hutang duit dengan kawan-kawan rapat.

Jadi, jika berhutang mesti juga mau ada perlindungan, kot2 Allah tarik nyawa awal, sape nak bayarkan hutang kita?

Buatkan satu plan hibah, kita meninggal waris dapat tunai untuk setelkan hutang-hutang kita. Dapat je polisi hibah, terus tulis dalam polisi atau pesan dekat pewaris tujuan kita tinggalkan tunai kepada mereka supaya mereka tahu bila dapat duit hibah mereka setelkan hutang kita dulu baru setelkan benda lain.

Kang mati tak bayar hutang duk lekat kat titian Siratulmustaqim, orang duk kait2 kaki kita supaya jatuh dalam api..haaa, tak takut?

Plan hibah adalah yang terbaik, tanpa perlu melalui proses Faraid.

kredit: Muhammad Fauzi.

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com



Saya selalu tanya prospek..........

Di antara weekdays (Isnin-Jumaat) atau weekend (Sabtu-Ahad) mana satu korang belanja lebih? 😳😳

Most of them jawab "sure lah weekend!" 😎😎

Ye betul. u all sedar tak? lepas bersara nanti everyday is weekend? kawan saya cerita semasa bersara ayah dia ada RM1.2 million dalam EPF. live moderately, simpan bebaik..after 11 years sekarang dah start cakap takde duit..😢😢

Tapi still ok lah 11 tahun sustain epf. tapi average statistik habis dalam 3 tahun! dan yg kesiannya ramai yg menghabiskan EPF sebab nak biaya bill hospital 😓😓

Ambil iktibar ye kawan2. pejam celik pejam celik dah 30 tahun, 40 tahun pastu eh dah bersara. Saya share realiti ni sebab saya sayang.

Saya boleh tolong untuk plan financial anda. 

Pm saya untuk maklumat lanjut

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Kenapa syarikat insuran&takaful akan menolak permohonan seseorang yang telah disahkan mengalami Diabetes atau lebih dikenali sebagai Kencing Manis?


Kerana oleh komplikasi 3N!!!

1. Nephropathy
-seseorang yang mengidap diabetes yang tidak terkawal mempunyai risiko untuk mengalami kegagalan buah pinggang (renal failure).
-renal failure memerlukan rawatan dialisis seumur hidup yang menelan kos yang tinggi.
-renal failure juga adalah termasuk didalam 36 sakit kritikal.

2. Neurophaty
-keadaan saraf pesakit telah hilang deria rasa (sensory).
-bila berlaku kecederaan dikaki, pesakit tidak perasan kaki nya telah luka sebab tidak merasa sakit.
-jika tidak dirawat dengan baik, keadaan kaki akan menjadi lebih teruk dan akhirnya terpaksa dipotong.
- jika kedua-dua kaki nya dipotong, maka pesakit akan mengalami kecacatan kekal.
- atau lebih dikenali sebagai Total Permenant Disability (TPD).

3. Retinophaty
- keadaan dimana bila diabetes tidak dikawal, kesan akan melibatkan mata.
-pesakit boleh menjadi buta!!
- blindness termasuk didalam TPD dan 36 sakit kritikal.

Faham tak sekarang kenapa kencing manis company terus reject??

▶sebab company perlu menjaga FUND orang ramai. Adalah tidak adil kepada peserta yang memohon ketika sihat.

▶TPD dan 36 sakit kritikal melayakkan seseorang untuk mendapat manfaat waiver/contributor.

▶dan mendapat pampasan yang telah termaktub dalam kontrak (jika ada).

Credit to: Dr. Muhammad Rahmat

mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com

Wednesday, September 21, 2016

Takaful sebagai tabung akhirat

Saya ada jumpa klien yang tak mahu upgrade Takaful Hayat. Dia takut pewaris senang-senang dapat duit pampasan dari hasil  titik peluh dia bayarkan caruman Takaful tiap-tiap bulan. Takaful Hayat dia hanya cukup menampung perbelanjaan selama 2@3 bulan sekiranya dia ditimpa musibah. Saya tak boleh nak kata apa-apa. Kita sebenarnya meninggalkan legasi untuk menolong mereka meneruskan kehidupan yang sungguh mencabar. Cara kita menolong mereka dengan meninggalkan asset yang kita ada. Salah satu daripadanya dengan cara hibah Takaful.

Kalau tak nak Hibahkan Takaful pada pewaris yang lain... Yerlahh... kita takut tak berbaloi hibahkan kerana kita merasakan senang-senang sahaja mereka dapat dengan hasil titik peluh kita. Ada caranya..Takaful boleh buat sebagai Tabung akhirat. 

Kita boleh hibahkan pada badan-badan kebajikan yang kita suka atau mana-mana badan kebajikan yang kita rasa rasa amat memerlukannya. Sekurang-kurangnya, bila kita sudah tiada, duit pampasan yang bakal mereka terima dapat memberi pahala sedekah yang berpanjangan. Moga kehidupan kita diberkati.

Apabila seorang anak adam meninggalkan dunia, dia akan meninggalkan 3 perkara:-

1.      Sedekah yang berpanjangan
2.      Ilmu yang manfaat
3.      Doa anak-anak yg soleh dan solehah.

Kenapa Sedekah di awalkan dari Ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh? Sesungguhnya orang yang sudah meninggal dunia pun memohon untuk dihidupkan semula agar mereka dapat bersedekah sebanyak mana yang mereka inginkan. Betapa besarnya pahala dan manfaat bersedekah ini. Mengikut hadis HR Tirmidzi, Sedekah dapat menghapuskan dosa seperti air memadamkan api.

#Takafultabungakhirat

mbk
Perunding Takaful
0192853910
akupenjualinsurans.blogspot.com
21.09.2016 (19 Zulhijjah 1437H)