Wednesday, September 14, 2016

Laporoskopi. Medikal kad cover tak?

Sudah lama bercuti menulis blog dan update status di Facebook. Pergi bercuti ker? Tak nya....kena jaga adik di Hospital dengan tiba-tiba (jadi penjaga bidan terjun) kerana adik kena menjalani Laporoskopi untuk merawat penyakit Endometriosis Tahap 1. Ward yang adik duduk tue kena dijaga oleh orang perempuan. Suami boleh jaga sampai pukul 10.00 PM sahaja (hanya tertakluk dengan bilik berkongsi katil sahaja). Adik tinggal di Hospital selama 2 hari 1 malam. Jumlah kos rawatan ialah RM14K ++. Medikal kad tolong bayarkan. Huhuhu banyak tueeeeee... Dr yang merawat adik saya adalah Dr Pakar bidan Dato Dr Hamid Arshad. 

Laporoskopi adalah sebuah teknik melihat ke dalam perut tanpa melakukan pembedahan besar, walaupun awalnya adalah adalah prosedur ginekologi, laparoskopi semakin sering digunakan dalam pembedahan cabang lain. 

Adakah Laporoskopi “cover” oleh medikal kad?

Pihak Takaful/Insurans akan lihat medikal report terlebih dahulu tujuan “treatment” dilakukan. Jika Laporoskopi ini melibatkan salah satu pengecualian medikal kad, maka, medikal kad tak akan “cover”.

Sebagai contoh: Laporoskopi di lakukan untuk program kehamilan. Sudah jelas, sebarang prosedur kehamilan tak akan dilindungi oleh medikal kad baik secara langsung atau tidak langsung. Salah satu pengecualian medikal kad seperti dibawah:-
Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.
Jika Laporoskopi dilakukan untuk penyakit puan sebagai contoh endometriosis, medikal kad akan cover. Medikal kad yang cover kos rawatan treatment adik saya itu hanya melibatkan endometriosis Tahap 1. 

Mari kita kenal Endometriosis itu apa? Ia adalah sakit puan akibat tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Endometriosis juga adalah penyebab mengapa kebanyakan wanita diluar sana mempunyai kesukaran untuk hamil. Jika tidak dirawat, ia boleh memberi ketidaksuburan dan kemandulan. Ia juga boleh membawa keguguran di peringkat kehamilan pertama. Agar sukar jadi wanita bukan? Sebab itu Allah SWT memberi ganjaran pahala yang besar buat wanita, ibu, isteri, adik dan kakak. 

Pembedahan untuk membuang endometriosis 

Jika terdapat ‘chocolate cyst’* ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.  

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.   

Untuk ubat-ubatan yang disebut itu, medikal kad tak cover home drug yang berkaitan dengan hormon, ubat tahan sakit dan ubat supplement.

* Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat




mbk
perunding takaful
0192853910
akupenjualinsurans@blogspot.com


No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...