Takafulovers

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...

Friday, July 21, 2017

"Katakan diri saya telah tiada nanti, apa yang perlu pasangan saya buat dengan harta peninggalan?"


/ Takaful
/ Unit Amanah
/ Asbf
/ Kwsp
/ Rumah 2 nama
/ Kereta & motosikal
/ Alatan pejabat
/ Emas
----
Antara susunan cadangan yang perlu Tuan / Puan perlu buat dalam hal HARTA yang ditinggalkan :
1. Segerakan urusan jenazah. Kos-kos yang mendatang boleh diambil dari harta yang ditinggalkan ( Jika ada tabung kecemasan, boleh gunakan terus harta ini )
/ Kos mandi
/ Kos kain kafan
/ Kos gali kubur
( Sekarang telah pun wujud SET LENGKAP JENAZAH, boleh dapatkan di mana-mana kedai jika tidak menyertai khairat kematian masjid / surau )

2. Pasangan terus semak siapa yang layak mewarisi harta kita. Jika wujud orang-orang di bawah ini, mereka terus layak tanpa ada halangan kecuali halangan "wasfi"
1. Mak
2. Ayah
3. Pasangan
4. Anak lelaki
5. Anak perempuan

(Di Malaysia, satu perkara pelik apabila berlaku kematian kemudian harta yang ditinggalkan arwah terus dibincangkan urusannya - Dicadangkan orang yang berpengaruh arwah ATAU pihak ketiga menjadi penengah)

3. Kumpulkan hutang-piutang yang diketahui dan diragui. Asasnya, hutang ditolak terlebih dahulu sebelum diagihkan
RM 500,000 (harta) - RM 20,000 (hutang) = RM 480,000 (harta yang boleh diagihkan)
Secara amalan, hutang-piutang arwah biasa dengan bank / institusi, jadi PENYELESAIAN setiap harta yang berhutang adalah berbeza-beza. Contoh rumah yang masih berhutang dan persoalannya :
1. Adakah waris meneruskan pembayaran?
2. Apakah pihak bank terus membekukan rumah?
3. Siapakah waris yang patut membayar hutang?.
4. Adakah isteri yang meneruskan bayaran hutang ini akan mendapat hak keseluruhan rumah?
5. Bagaimana rumah ini dibicarakan kerana ianya belum milik sempurna (masih berhutang)?.
6. Apakah pasangan perlu membayar terus semua hutang yang ada dari harta pusaka?.
Jika tidak ada aset cair, adakah perlu menjual rumah @ tanah untuk menampung hutang?.
7. Apakah waris perlu mendapatkan surat dari bank / institusi untuk bicara kuasa sebelum keluar Surat Kuasa @ Probet?
----
3 tips sahaja pada hari ini. lain kali boleh kemukakan tips, adakah harta yang ada penama dimasukkan sekali dalam perbincangan pusaka ini.
Atau bagaimana menguruskan pusaka dengan kos yang rendah untuk para waris melalui penamaan.
-----
Ada yang mencadangkan di sudut teori dalam penyelesaian pusaka
1. Hibahkan semua harta, tidak perlu susah-susah melalui proses pusaka
2. Buat pampasan takaful yang besar kepada pasangan untuk membayar bahagian waris lain.
3. Semua urusan terus pergi ke Pejabat Pusaka Kecil kerana kos di Mahkamah Sivil lebih tinggi
4. Tidak perlu ada harta.

copy n paste dari FB Mohamad Akmal Mohamad

0192853910
mbk

Friday, July 14, 2017

Pengalaman buat hibah Takaful: Berdasarkan KISAH BENAR

Kepada single parents (Ayah atau ibu single). Saya cuma nak berkongsi.

Lepas 29 Januari 2017, tarikh arwah kawan saya meninggal tinggalkan anak 3 orang dan isteri. Keadaan yang saya tengok lepas arwah pergi memang buat mata saya berair.

Takde la susah sangat sebab arwah memang orang ada duit. Tapi emosi si isteri memang tak boleh nak saya selam, cuma yang saya tahu dia berjuang sorang-sorang dengan anak umur 3 tahun yang rindukan arwah.

Ok, jadi saya terbayang keadaan lain yang saya tak nampak, awak sebagai single parents saya rasa lebih tahu. Sekarang semua bergantung pada awak. Makan minum tempat tinggal baju sekolah dan semuanya awak tanggung, sebelum ni awak berdua.

Mungkin disebabkan tekanan sekarang awak dah plan macam-macam untuk anak-anak. Awak dah buat akaun ASBi, unit trust, tabung haji dan macam-macam yang awak namakan anak-anak sebagai penama. Dengan harapan kalau awak meninggal anak-anak akan waris semua tu dan teruskan hidup.

Betulkan, awak dah rancang macam-macam termasuk rumah pun. Kalau anak paling kecil umur dia 4 tahun, maknanya ada lagi 14 tahun nak sampai ke umur 18. Sepanjang tu dia perlukan kos untuk membesar.

14 tahun masa yang kita tak boleh bayang apa yang boleh berlaku lepas tu atau tengah-tengah. Kalau hari ni awak hilang pasangan, awak pulak macam mana. Bila ajal, mana ada manusia tahu.

Saya nak bagitau awak, akaun ASB, KWSP, Unit Trust, Rumah dan akaun bank awak yang awak letak penama tu bila awak meninggal nanti semua tu kene faraid bila ada waris lain selain anak awak datang menuntut dengan selamba tanpa rasa kesian pada anak-anak awak. Macam mana kalau benda ni jadi.

Saya uruskan Hibah arwah kawan saya, ambik masa 9 hari je. 100k masuk dalam akaun isteri arwah. Susah sikit pada dokumen berkait hospital je, yang lain semua ok. Duit tu tadi jadi 100% milik isteri arwah dan tak boleh waris lain tuntut macam harta yang lain.

Jadikan, awak dah rasa perit sebagai ayah atau ibu tunggal, jadi macam mana perit pulak anak-anak awak kalau awak pulak takde.

Awak, buat satu akaun Takaful, awak lantik seorang pemegang amanah yang memang boleh dipercayai sebab bila awak meninggal dia la yang awak harapkan untuk urus duit Pampasan Takaful dan Hibah. Dia la yang akan atur untuk anak-anak awak dan duit tu tak boleh di faraid.

Penting awak ada plan Takaful yang kurang-kurang pampasan 200k. Sebab bila awak meninggal, KWSP, ASB, Unit Trust dan saving akaun jadi beku sampai selesai proses pembahagian. Bukan sekejap, makan masa sampai berbulan-bulan silap-silap makan tahun.
HIbah takaful dan Pampasan Takaful je yang boleh terus sampai ke anak-anak awak dalam masa yang singkat untuk diorang teruskan hidup.

Jadi, awak fikirlah, awak tenunglah anak-anak awak tu. Siapa yang nak uruskan diorang nanti kalau tibe-tibe awak takde. Kalau ada duit yang awak tinggal dan lantik orang yang awak percaya. Maknanya awak dah rancang sampai tahap awak paling kritikal. Itulah bukti kasih sayang awak.

Tak perlu fikir banyak sangat, Pm saya Takaful dan hibah kita sembang2 je dulu. Lepas tu fkirlah panjang-panjang.

kredit: Saharudin Zaini

mbk
0192853910

Wednesday, July 12, 2017

Penting penggantian pendapatan bila sakit!


Saya kongsikan cerita dari FB Dr. Muhammad Rahmat

Balik kerja tadi, isteri saya bercerita mengenai seorang pesakit nya seorang guru telah di diagnosed menghadapi kanser payudara.
Beliau akan menjalani rawatan chemotherapy tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, chemo-port perlu dipasang terlebih dahulu.
Beliau merungut dan risau sebab terpaksa mengambil cuti yang kerap nanti untuk menjalani rawatan ini. Maklum lah guru memang susah untuk dapat cuti dan cuti yang sedikit 7 hari setahun.
Isteri saya bertanyakan, adakah beliau mempunyai insuran/takaful?.
Beliau menjawab ada. Sumbangan sekitar rm200/bulan.
Isteri saya bagitahu, beliau sekarang menghadapi sakit kritikal dan layak untuk mendapat pampasan sakit kritikal jika ada. Dan duit itu nanti boleh lah beliau ambil cuti tanpa gaji dan berehat secukup-cukupnya di rumah.
Beliau terkejut dan kagum dengan isteri saya!!. 
Beliau bagi tahu akan balik dan check polisi takaful tersebut. Nanti akan jumpa isteri saya balik untuk rawatan susulan 2minggu lagi.
Harap nya polisi beliau mempunyai manfaat sakit kritikal.


mbk
0192853910

Tuesday, July 11, 2017

AGENT TAKAFUL NASIHAT AGENT TAKAFUL

Aritu saya dipersoal sesama rakan agent takaful kenapa saya kena buat wasiat? Buat hibah lebih baik katanya.. Saya dengar je nasihat dia dan ambil mana yang baik.

Katanya wasiat nanti tak guna sebab waris boleh pertikaikan dan sebagainya (yang ni biasa disebut oleh orang kebanyakkan, termasuk agent takaful setengah2nya tu..yang mana belum faham la..)
Betul la tu... tapi depends la jugak..

Sebab bukan semua harta dan duit kita boleh hibahkan naa. Ada setengah2 memang tak boleh..
Dengan buat hibah je, kita ingat ada ke orang yang arif dan cekap akan urus pembahagian harta pusaka yang lain dari A to Z ? Hibah takaful senang je nak urus... Hibah harta2 lain? Rumahnya.. Tanahnya...

Kalau senang sangat nak urus harta pusaka ni dan buat sendiri, takdelah bertimbun kes tak selesai sampai RM66 Billion.

Hibah takaful memang banyak faedahnya, tetapi ia pun ada kekurangannya dan perlu dilengkapi dengan wasiat supaya duit tu tak lah habis begitu saja tanpa diurus dengan baik.

Silap2 hasrat kita yang dah mati ni tak tercapai pun akhirnya.

Contoh nya lah, kita niat buat hibah 1 juta untuk orang tersayang supaya hidup depa senang dan boleh la buat amal jariah untuk kita jugak, tapi akhirnya duit habis begitu saja , akhirnya waris yang ditinggal tetap jadi susah dan nak sedekah atas nama kita pun dah tak mampu... Maklum la tetiba dapat duit sejuta... Sebelum ni tak pernah ada duit sejuta dalam account...

So kaedah perwarisan harta ni ikutlah kaedah dan hasrat kita mcm mana. Bukan kata ada yang lebih bagus dan yang lain tak bagus.

Semua bergantung juga dengan keadaan waris2 dan harta2 kita... Dan macam mana kita nak bahagi duit dan harta pusaka kita tu nanti.

OK??

kredit: Ayuni Dalila Syukur

Monday, July 10, 2017

Kebanyakan orang tangguh-tangguh Takaful sebab ................................


Kebanyakan orang tangguh-tangguh Takaful sebab masih sihat. Rasa sihat itu memperdaya mereka into thinking, sakit atau kemalangan tu takkan menjelma. Dan rasa macam sudah cukup persediaan segalanya

Apa susah? Katanya dengan bangga

Majikan dah cover semuanya

Hartanah pun ada 

KWSP ada
Socso ada

Hospital kerajaan pun percuma

Polisi lama pun ada ejen bagus katanya

Tapi bila doktor sahkan dirinya hidap kanser, barulah dia sedar semuanya tak seindah disangka. 

Majikan beri notis berhenti kerja bila cuti sakit lebih 2 bulan. 

Hartanah bernilai 850k, terpaksa jual harga diskaun 750k. Itupun belum ada buyer dan akan ambil masa berbulan bulan lamanya

KWSP ada, tapi tak boleh keluar tunai. Kena dapatkan rawatan hospital, baru boleh mohon pengeluaran. Itupun bayar ke hospital 

Socso pula kena tunggu jumpa medical board. Entah lepas, entah tidak 

Hospital kerajaan memang ada sediakan rawatan kanser. Tapi ubat rawatan stemcell RM300,000 tu kena beli dulu ubatnya.

Last last, rujuk ejen lama yang bagus katanya. Tetiap tahun, tak pernah miss hantar kad raya Birthday pun tak pernah miss ucapannya

Bukak polisi, sekali tengok faedah penyakit kritikal, cuma ada RM20,000 saja
Terus nangis tak kata apa

Rasa macam semua pihak menipu dirinya

Walhal salah sendiri jugak, masa disuruh review polisi, katanya semua dah cover
Sebab tak pernah ditimpa musibah, maka keadaan sihat tu buat dia sombong mendabik dada

Seolah olah kebal, takkan jadi apa-apa 😔

Friday, July 7, 2017

MEDICAL CARD.


Walaupun saya dan isteri bertugas sebagai doktor terlatih di fasiliti kesihataan awam, kami tetap menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Kenapa?
Adakah kami tidak percaya dengan perkhidmatan kesihatan awam?
Adakah perkhidmatan di hospital awam tidak baik (sub standard)?
Adakah "rawatan di hospital kerajaan pun kena bayar mahal"?

Tiga sebab di atas sering dijadikan marketing tool untuk agen takaful yang tidak bertanggungjawab. Gunakan strategy 'fear mongering' untuk menakutkan orang ramai tentang perkhidmatan kesihatan awam untuk meningkatkan jualan.

Baru - baru ini anak saya dimasukkan ke hospital swasta akibat demam panas. Saya menggunakan kad perubatan untuk urusan kemasukan dengan deposit RM 500.

Apa yang saya dapat lihat:

1. Urusan pendaftaran, pemeriksaan asas vital signs dan menanti giliran tetap sama. Cuma tiada orang ramai yang menunggu.

2. Doktor pertama yang melihat anak saya di Jabatan Kecemasan seorang pegawai perubatan dan bukan pakar. Setelah rawatan asas diberi dan diagnosis diperolehi, baru anak saya di rujuk ke pakar kanak - kanak dan dimasukkan ke wad.

3. Untuk mendapatkan sampel darah, empat kali tangannya dicucuk. Saya tidak menyalahkan pegawai perubatan tersebut kerana ketika itu, anak saya sedikit dehydrated dan sedikit sukar untuk mencari salur darah.

4. Ketika di ward, doktor pakar membuat ward round dua kali sehari. Doktor pakar kanak - kanak menerangkan dengan jelas berkenaan diagnosis penyakit dan rawatan yang akan diberikan. Segala rancangan rawatan dibuat berdasarkan garis panduan rawatan (clinical practice guideline) yang sama dengan di hospital kerajaan.

5. Pemerhatian dan ubat diberikan oleh jururawat terlatih secara berkala. Lampin anak kami tukarkan sendiri, nak mandikan anak pun dibuat sendiri.

Prosedur rawatan TIADA BEZA dengan di hospital kerajaan.

Yang bezanya adalah pilihan yang diberi dan masa menunggu.

1. Urusan kemasukan tidak lebih dari tiga jam (dari mula daftar hingga masuk ke wad).

2. Pilihan kemasukan wad diberikan (mengikut had bayaran). Boleh pilih wad berkongsi atau pun wad berseorangan (single). Wad single pula boleh pilih yang biasa atau pun deluxe (ada TV 32 inci, sofa dan lampu chandelier).

3. Makanan boleh dipilih mengikut menu yang disediakan.

4. Waktu melawat lebih flexible dan ibu bapa boleh berada di wad sepanjang masa.

Pada asasnya RAWATAN ADALAH SAMA. Cuma urusan lebih mudah dan flexible. Tidak dinafikan, ia lebih selesa.

Teguran untuk agen takaful yang menjual takaful dengan cara 'fear mongering':

HENTIKAN!

Tapi cuba berikan fokus kepada soft skills.

1. Terangkan secara telus berkenaan produk yang ditawarkan. Nyatakan pros & cons sekali. Jangan yang berbunga bunga sahaja.

2. Jangan terlalu 'hard sell' sehingga orang jemu dengan tekanan anda dan akhirnya kawan - kawan rapat pun tak mahu mengopi dengan anda secara santai.

3. Hargai pelanggan yang ada. Agen saya sekarang ini akan menghantar personalised kad raya setiap tahun without fail. Setiap kali tarikh harijadi tiba, paling kurang pun pasti akan dapat SMS. Setiap tahun, dia akan membuat rancangan untuk berjumpa secara berdepan (face to face) di rumah. Small things matter.

Jangan memburukkan pihak lain tapi gilap kemampuan diri untuk bersinar seperti mutiara.

Dr Ahmad Firdaus Bin Mohd Haris
Presiden dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia
#drafh
#medicalcard
#takaful
#medicalmythbustersmalaysia

Thursday, July 6, 2017

banyak yang saya pelajari tentang kelebihan memiliki Takaful.


Sebagai agen Takaful, banyak yang saya pelajari tentang kelebihan memiliki Takaful.

🌈Takaful ni ibarat menyimpan dalam diam sambil membuat back up plan jika sakit & hilang upaya. Begitu juga plan hibah utk keluarga yg ditinggalkan jika pencarum mati.

😭Rasa sgt sedih bila dpt tahu ada kenalan yg blm memiliki Takaful tetapi terlebih dahulu diuji dan mgkin peluang utk beliau memiliki Takaful pada masa akan datang semakin tipis.

✍️Saya tiada wang yang bnyk untuk dihadiahkan, saya cuma dapat hadiahkan ilmu mengenai kepentingan Takaful dan menguruskan permohonannya jika anda mahu.

Semoga dapat memberi kesedaran kpd semua golongan.

#Takaful terbaik untuk umat Islam.

☂️Tanggungjawab kita utk menghindarkan diri dan keturunan dari kesusahan. Ini juga slh satu objektif Maqasid Syariah

Kalau berniat nak ambil Takaful baik cepat-cepat uruskan permohonan.