Tuesday, July 4, 2017

KENALI PERLINDUNGAN TAKAFUL ANDA – PILIHAN PRODUK TAKAFUL

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya semalam ditegur satu prospek, muda dalam linkungan 22 tahun.

Disebabkan saya sedang memberi ‘presentation’, beliau hadir ke meja saya dan bertanya apa itu takaful. Beliau merasakan pelan takaful itu pelbagai jenis dan itu menyebabkan beliau rasa rumit untuk faham apa manfaat sebenarnya boleh diberi melalui pelan takaful

Secara amnya dan ringkas, takaful adalah instrumen mengurus pelbagai risiko dalam kehidupan kita. Mengikut buku pembelajaran takaful, takaful melindungi perkara bernyawa disebut sebagai Takaful Keluarga dan melindungi risiko barang atau bukan bernyawa disebut Takaful Am.

Masih ramai yang tak mempunyai kesedaran mengenai Takaful

Di bawah dua kategori besar ini, ada pelbagai pelan takaful boleh kita ambil. Ini adalah contoh-contoh yang boleh kita faham tentang takaful.

Takaful Keluarga

Takaful Asas: Memberikan manfaat kewangan jika berlaku hilng upaya kekal atau kematian.

Takaful Pendidikan: Memberikan perlindungan dan simpanan jangka masa panjang bagi membiayai pendidikan tinggi anak.

Takaful Kemalangan Diri: Menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, kematian atau hilang upaya yang disebabkan kemalangan.

Takaful berkaitan Pelaburan: Pelan yang menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan manfaat Takaful.

Takaful Perubatan & Kesihatan: Perlindungan terhadapan kos rawatan akibat penyakit atau kemalangan.

Takaful Am

Takaful Kediaman: Memberikan perlindungan terhadap kediaman dan isi rumah daripada kerugian akibat kecurian, banjir atau kebakaran.

Takaful Motor: Memberikan perlindungan sama ada hanya kepada pihak ketiga atau perlindungan menyeluruh yang turut merangkumi perlindungan terhadap kerosakan kenderaan akibat kemalangan.

Takaful Pembiayaan: Caruman bertujuan untuk melangsaikan hutang pembiayaan kepada pihak bank sekiranya pencarum hilang upaya kekal atau meninggal dunia.

kredit: adibyazid.com

No comments:

Featured Post

kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye

Salam, kalau sesapa nak quotation boleh bagi details ye. Takaful bukanlah jaminan kesihatan, tapi mengelakkan kita mnggunakan simpanan untu...